Covid-19 : Tauke Beauty Qaseh masak untuk ‘barisan hadapan’ negara.

Mohd Faizul Rohban menyiapkan makanan sebelum diserahkan kepada barisan hadapan negara yang bertugas bagi mengekang penularan wabak Covid-19

TUMPAT 30 April – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Taukeh Beauty Qaseh, Mohd Faizol Rohban Ahmad memasak makanan bagi disalurkan kepada ‘barisan hadapan’ negara yang bertugas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Mohd Faizol Rohban berkata, sumbangan ‘kecil’ itu merupakan tanda sokongan pihaknya kepada ‘barisan hadapan’ negara yang sanggup mengerah kudrat memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan sebaik mungkin.

“Sejurunya saya cukup tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh ‘barisan hadapan’ negara ini.

“Walaupun mereka turut berdepan ‘risiko’ jangkitan, namun semua itu sanggup diketepikan demi negara,” katanya.

Mohd. Faizul Rohban memberitahu, jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh ‘barisan hadapan’ itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Katanya, beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini untuk sama-sama berdoa agar ‘barisan hadapan’ negara terus diberikan kesihatan dan dilindungi dari wabak COVID-19 sepanjang menjalankan tugas.-UT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *