Covid-19 : PGA ronda jalan kaki disempadan Malaysia-Thailand

Anggota PGA Batalion 7 Kuantan tetap komited mengawal sempadan negara dalam mengekang penularan Covid-19 dan jenayah rentas sempadan

RANTAU PANJANG – Rondaan Jalan Kaki (RJK) menjadi alternatif baharu diperkenalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dalam memperkasakan lagi kawalan disempadan Malaysia-Thailand di sepanjang sungai Golok.

Langkah itu diambil PGA Batalion 7 ekoran sikap degil segelintir penduduk yang menggunakan ‘laluan tikus’ untuk keluar masuk ke negara ini meskipun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner .
Kamarulzaman Maarof berkata, RJK itu meliputi kawasan pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Sebagai barisan utama di sempadan Malaysia – Thailand PGA akan sentiasa mencari jalan
bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Rondaan ini akan berterusan setiap hari dan laporan akan disalurkan terus kepada pihak atasan bagi tujuan kajian dan penambah baikan.

“Kami merayu orang ramai supaya memberikan kerjsama sebaik mungkin bagi memastikan hasrat kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Kamarulzaman memberitahu, menerusi RJK pihaknya akan tegas keatas mereka yang terlibat mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.-UT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *