COVID-19 – PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH DITUTUP

 

TEMERLOH 16 Mac – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah di Lanchang dekat sini ditutup sementara untuk lawatan orang awam bermula hari ini susulan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Menurut kenyataan Jabatan Perhilitan Semenanjung pusat konservasi gajah itu ditutup sebagai langkah pencegahan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Ini adalah bagi mengekang penularan virus Covid-19, selaras dengan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,”kata kenyataan itu.

Sementara itu Ketua Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Muhammad Khairul Adha Mat Amin berkata, penutupan itu adalah sebagai langkah pencegahan dan tiada sebarang kes direkodkan disitu.

“Kita maklum dalam cuti sekolah biasanya ramai yang berkunjung, jadi kita membuat penutupan selaras dengan saranan kerajaan bagi mengelakkan aktiviti berkumpul beramai-ramai.

“Ia hanyalah langkah pencegahan dan bukan disebabkan sebarang kes berkaitan COVID-19,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *