Syarikat dari Thailand labur RM1.2 bilion di Pahang

Wan Rosdy (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian pegawai Kedutaan Malaysia di Thailand malam tadi – Ehsan Unit Media MB
Wan Rosdy (empat dari kiri) bergambar bersama wakil syarikat dari Thailand di Hotel Al Meroz, Bangkok hari ini. – Ehsan Unit Media MB

KUANTAN 6 Mac – Dua syarikat dari Thailand setuju melabur  lebih RM1.2 bilion di Pahang.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman Facebook rasmi milik beliau hari ini.

Wan Rosdy berkata, satu perjanjian telah ditandatangani antara kerajaan negeri dan dua syarikat dari Thailand melibatkan pelaburan sebanyak RM780 juta.

“Dua perjanjian persefahaman bernilai RM433 juta turut termeterai melibatkan sisa pepejal dan pusat akuakultur untuk penghasilan udang premium berskala besar,” kata beliau.

Majlis berlangsung menandatangani perjanjian berlangsung di Hotel Al Meroz, Bangkok yang turut disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel serta delegasi Kerajaan Negeri Pahang yang lain.

Menurut Wan Rosdy, pelaburan yang besar itu mampu memberi manfaat ekonomi, sosial dan persekitaran yang lebih baik kepada kerajaan negeri dan rakyat.

Beliau sebelum itu turut menghadiri majlis makan malam bersama Jojie dan pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Thailand. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *