‘Ubi Muda’ Kelantan terus mengganas

Kelantan meneruskan rentak cemerlang apabila meraih kemenangan kedua Piala Belia menewaskan Kedah 1-0 semalam.

KOTA BHARU 2 Mac. – ‘Ubi muda’ Kelantan terus mengganas apabila melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Kedah 1-0 pada aksi Piala Belia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Sungguhpun berjaya melakar kemenangan, pengendalinya Anizan Daud tetap merendah diri dan mendedahkan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaikki oleh jika mahu melangkah jauh.

Anizan berkata, beliau mahu barisan pemain terus bekerja keras dan kekal fokus dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.

“Fokus adalah kunci utama jika kita mahu melangkah lebih jauh dan saya amat berharap barisan pemain tidak mudah leka,” katanya menerusi laman facebook rasmi Kelantan FA hari ini.

Anizan memberitahu, sikap cepat berpuas hati itu mampu memberikan padah buat pasukan.

Katanya, dua kemenangan itu menambah keyakinan kepada kita untuk terus beraksi dengan baik selepas ini.

Anizan berkata, sebagai permulaan beliau menyasarkan untuk berada dalam empat kedudukan teratas dalam saingan Piala Belia 2020.

Katanya, misi itu tampak mampu dilaksanakan jika pemain memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Pada aksi pembukaan terdahulu, Kelantan berjaya menumpaskan Pahang 2-1.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *