Bekas wartawan Utusan Malaysia menang anugerah

Bekas wartawan Utusan Malaysia memenangi beberapa ketagori sempena Anugerah Media Pahang DRB HICOM 2020 di Hotel Zenith, Kuantan malam tadi
Abd Rashid (kiri) dan Mohd Shariza mengungguli dua kategori pada Anugerah Media Pahang DRB HICOM 2020 di Hotel Zenith, Kuantan malam tadi

KUANTAN 1 Mac – Biarpun Utusan Malaysia dan Kosmo! sudah berkubur tahun lalu namun bekas wartawan akhbar Bahasa Melayu itu berjaya mengungguli dua kategori pada Malam Anugerah Media Pahang DRB-HICOM 2020 yang diadakan di Hotel The Zenith, di sini malam tadi.

Bekas Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang, Mohd Shariza Abdullah merangkul tempat pertama kategori Laporan Berita Bahasa Melayu manakala Abd. Rashid Abd. Rahman pula mengungguli kategori Penulisan Rencana Bahasa Melayu.

Tempat kedua kategori Laporan Berita Bahasa Melayu dimenangi oleh bekas wartawan Utusan Malaysia, Zamzurina Ahmad manakala Mohd Shofi Mat Isa mendapat tempat ketiga kategori Penulisan Berita Sukan dan Mohd Rizalman Nor ketiga Penulisan Berita Jenayah.

Anugerah disampaikan oleh Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Mohd Fakruddin Mohd Ariff, Ketua Komunikasi Kumpulan DRB-HICOM Mahmood Abd Razak dan Presiden Kelab Media Pahang (KMP) Datuk Nik Naizi Husin. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *