Pekerja MDJ maut

Mayat Zulkarnain Malek ditutup dengan kain putih selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 2.5 Jalan Jerantut – Maran hari ini
Zulkarnain Malek

JERANTUT 19 Feb. – Seorang pekerja Majlis Daerah Jerantut (MDJ) terbunuh dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan motosikal di Kilometer 2.5 Jalan Jerantut-Maran, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi tu, mangsa, Zulkarnain Malek, 51, yang bertugas sebagai penghantar surat di MDJ meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, lori yang dipandu oleh lelaki Melayu telah bergesel dengan motosikal terbabit.

“Penunggang motosikal telah terjatuh dan di gilir oleh lori berkenaan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Perdana, di sini telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

“Pemandu lori terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *