Permintaan dialisis kos rendah meningkat di Kuantan


KUANTAN 15 Feb. – Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur (PHIM) memohon sumbangan orang ramai untuk membina sebuah pusat dialisis kos rendah baharu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, pusat itu amat penting bagi menampung permintaan orang ramai yang mahukan mendapatkan rawatan dengan kos rendah.

Katanya, pusat dialisis yang ada sekarang telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan 24 kakitangan untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih 300 pesakit.

“Sekarang kita mempunyai 23 mesin dialisis dengan kos operasi RM180,000 sebulan.

“Kesemua sumbangan akan diserahkan kepada Yayasan PHIM untuk projek ini. Sumbanhan melalui online boleh dibuat melalui laman http://phim.humanityheroes.org,” katanya.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun Maybank, 5644 9041 9508.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 0105787587 (Hadawiah) atau email, danayayasanphim@gmail.com. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *