Pas bermusim TRW dilancar

Senarai harga Pas Bermusim Kelantan 2020

KOTA BHARU 11 Febuari 2020 – Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd secara rasminya melancarkan
pas bermusim untuk ‘pemain ke-12’ bagi menyaksikan saingan Kelantan di Liga Primier musim 2020.

Pembelian pas bermusim itu merupakan salah satu bentuk sokongan padu terhadap pasukan dalam untuk kembali bangkit ke saingan Liga Super musim hadapan.

Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, musim pihanya menawarkan pakej menarik serendah RM290 (Merah) untuk tempat duduk terbuka.

“Untuk tempat duduk astaka bermula dengan pakej Hitam untuk tempat duduk A dan G berharga RM690.

“Bagi pakej Perak ia dijual dengan harga RM790 bagi tempat duduk B dan F,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Rakemi memberitahu, tempat duduk C dan E untuk pakej emas Wan Rakemi berkata ia dijual dengan harga RM990.

Katanya, pakej mewah yang digelar sebagai Platinum dijual dengan RM2,000.

“Pembeli pas ini untuk tempat duduk D yang disifatkan cukup strategik bagi menyaksikan saingan Liga Primier musim 2020,” ujarnya.

Untuk makluman pakej hadir bersama sehelai jersi ‘original’ pasukan, kesemua perlawanan (Liga Primier, Piala FA, Piala Malaysia/Cabaran) dan keutamaan mendapat tiket sekiranya pasukan melangkah ke peringkat akhir.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

http://www.wasap.my/+60195220035/pasbermusimTRW

http://www.wasap.my/+6011133281041/pasbermusimTRW

http://www.wasap.my/
+60179839764/pasbermusimTRW

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *