Kebersihan pasar di Malaysia masih rendah

Zuraida Kamaruddin (tiga kanan) merasmikan Pasar Siti Sarah, Selising Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH 14 Feb. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengakui tahap kebersihan pasar di negara ini masih lagi rendah dan berada pada paras 40 peratus.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, maklumat ini berpandukan kepada tinjauan yang dilakukan di beberapa buah pasar di seluruh negara sebelum ini.

Menurutnya, hasil tinjauan itu mendapati masalah tersebut berpunca dari daripada sikap dan tabiat orang ramai yang masih berada ditakut lama berkait aspek kebersihan.

“KPKT akan terus melipatkan gandakan usaha dalam meningkatkan lagi tahap kebersihatan kawasan pasar di negara ini dari masa ke masa.

“Oleh itu, kita akan bekerjasa dengan kerajaan negeri Kelantan untuk menjadikan menjadikan Pasar Siti Sarah di Selising sebagai perintis dalam aspek kebersihan di negara ini,” katanya.

masalah itu berpunca

“Ini adalah hasil tinjauan dan turun padang yang telah saya lakukan di beberapa buah pasar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Pasar Siti Sarah, Selising di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Dr Izani Husin serta Penyelaras Khas
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ab Aziz Kadir.

Zuraida memberitahu, KPKT dan kerajaan negeri akan memperkenalkan sistem pengurusan lebih cekap dan efisen dalam usaha meningkatkan lagi tahap kebersihan di kawasan ini.

Beliau berkata, ia merangkumi soal pengurusan, pendidikan dan penguatkuasaan kepada pengunjung termasuk peniaga supaya tidak membuang sampah secara sesuka hati.

“Saya amat berharap para peniaga, pengunjung dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memberikan kerjasama utuh dalam merealiasikan lagi impian meningkatkan lagi tahap kebersihan pasar di negara ini,” katanya.-UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *