Penunggang motosikal maut terbabas

GUA MUSANG 11 Feb. – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas di Kilometer 34, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.40 malam, mangsa, Muhammad Syaiful Azwa Mahadi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di leher.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga pekerja hotel menunggang motosikal jenis Yamaha R15 seorang diri dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan menghala ke Tanah Merah.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat kejadian itu, motosikal mangsa telah terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang jalan.

“Mangsa yang beralamat dari Kampung Gong Mak Som, Alor Lintah, Jerteh, Terengganu mengalami kecederaan di bahagian leher telah meninggal di tempat kejadian,” katanya.

Tambah Mohd. Taufik, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *