Kereta Nissan Almeera  dilapor hilang di Johor Bahru ditemukan dipandu di Lipis tidak sampai 24 jam

 

LIPIS 9 Feb. – Sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Johor Bahru, Johor dalam tempoh tidak sampai 24 jam ditemukan dipandu seorang lelaki di Merapoh dekat sini semalam.

Kereta jenis Nissan Almeera itu ditemukan dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun yang beralamat di Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan di Kilometer 96 susur keluar Central Spin Road (CSR) Merapoh di sini, semalam.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta telah menjumpai satu beg galas berwarna hitam di dalam bonet belakang yang mengandungi barang-barang.

“Barang yang ditemukan ialah sebuah komputer riba jenama Dell, sebuah komputer riba jenama HP, dua pengecas komputer riba, dua tetikus komputer, dua telefon bimbit jenama Huawei, satu telefon bimbit jenama Nokia, satu beg sandang kecil berwarna hitam, sekeping scan kad warna putih dan dua rangkai kunci bersama alat kawalan jauh kereta Nissan

Menurutnya, , kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) dan siasatan giat dilakukan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *