Tengku Hassanal pamer aksi bermain bola sepak

Tengku Hassanal (tengah) bermain bola sepak bersama belia di Padang FA Jerantut semalam
Tengku Hassanal (tengah) bergambar bersama para belia DI Padang FA Jerantut semalam

JERANTUT 8 Feb. – Kelincahan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menggelecek bola berjaya memukau para penonton ketika baginda mencemar duli beriadah bersama penduduk daerah ini semalam.

Baginda yang cukup terkenal dengan sifat mesra rakyat turut berkebolehan beraksi di padang apabila sempat melapangkan masa untuk bermain bola sepak bersama belia daerah ini di Padang FA Jerantut.

Tengku Hassanal turut melakukan aktiviti riadah bersama penduduk termasuk mendaki Bukit Istana sehingga ke puncak.

Kehadiran baginda ternyata menggembirakan penduduk kerana Tengku Hassanal terlalu dekat di hati rakyat. UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *