RM8 Juta harga Safawi Rasid

RM8 JUTA harga Safawi Rasid
—-
Tanda harga yang perlu dibayar kelab luar negara bagi mendapatkan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid dianggarkan tidak kurang daripada $AS2 juta (RM8 juta).

Harian Metro melaporkan ia adalah anggaran kasar oleh beberapa ejen berdaftar mengenai nilai bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di pasaran seandainya ada kelab luar berminat untuk mendapatkannya.

Nilai itu diletakkan berdasarkan prestasi menakjubkan Safawi terutama ketika beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan skuad kebangsaan.

Begitupun itu hanyalah anggaran oleh ejen dan nilai sebenar Safawi boleh berubah menjadi lebih tinggi atau lebih rendah mengikut kehendak JDT yang merupakan majikan dan juga pemegang kontrak Safawi.

Kredit : Harian Metro

#LabolaMalaya #SafawiTheGreat #JDT

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, bermain sukan dan luaran

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *