Memeta dunia di Bumi Serambi Mekah


Ramai yang pelik dengan tajuk syarahan ini. Bercakap mengenai Pemetaan Baharu Dunia : Cabaran Politik Semasa sempena ulang tahun ke-30 sebuah negeri yang kecil. Apa kaitan Kelantan dengan dunia.

Jujur bagi penulis tajuk ini agak ‘over do’. Terlalu bombastik. Tinggi sangat walaupun dari seorang murabi ummah kerana Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap atas platform negeri.

Namun mahu atau tidak harus diakui apa yang berlaku di dunia hari ini walaupun hanya melibatkan dua buah negara seperti Amerika Syarikat dan Iran tetapi kesannya akan dirasai di Malaysia.

Bukan itu sahaja pembawakan politik antarbangsa akan turut mempengaruhi rakyat khususnya umat Islam di Malaysia.

Justeru, kesedaran harus diberikan kepada umat Islam mengenai impak baik dan buruk politik dunia semasa. Malah tekanan terhadap umat Islam di negara ini semakin memuncak.

Menurut Pengarah Program, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Abdul Hadi mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa untuk bercakap ke arah pembentukan kerangka baharu politik dunia.

“Tokoh Islam antarabangsa selaku Ketua Perunding Perdamaian Krisis Perang di Yaman tahun 2010 tersebut bakal mengupas tuntas mengenai masa depan dunia natijah cabaran politik global yang bakal membentuk kerangka fikir dalam minda umat Islam”, katanya.

Syarahan perdana wajar ditekuni dengan teliti kerana kredibiliti Ulama dunia ini walaupun tajuknya agak terlebih. – UT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *