Bundle Singapore TSJ tawar barangan berjenama dan berkualiti dari seberang Tambak Johor

 

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD


TEMERLOH 4 Feb.  – Bisnes barangan terpakai atau lebih dikenali dengan panggilan ‘bundle’ kini menjadi satu trend kepada peniaga termasuk generasi muda untuk menjana pendapatan melalui online atau jualan secara lambakan.

Ini berikutan selera dan tuntutan masa pelanggan yang sibuk bekerja mengehadkan pergerakan mereka keluar membeli belah. Oleh itu membeli barangan bundle lebih mudah dan menjimatkan.

Bisnes bundle adalah perniagaan yang menjual barangan terpakai yang diambil oleh pemborong secara pukal dan mereka menjualnya terus atau kepada peniaga lain.

Barangan atau produk yang diambil boleh jadi bukanlah barang baru biasanya barangan sebegini tidak dijual pada harga standard atau dengan harga yang mahal.

Biasanya jualan bundle ini terletak pada proses tawar menawar antara pembeli dan penjual dengan prinsip menang-menang yang memuaskan kedua-dua belah pihak.

Di Temerloh penggemar barangan bundle tentunya tidak melepaskan peluang mengunjungi Bundle Singapore TSJ kerana menawarkan pelbagai pilihan yang memenuhi cita rasa semua pihak.

Pengurus Pemasarannya, Mohd Adzly Othman berkata, sejak beroperasi lima tahun lalu, perniagaan bundle yang yang diusahakan mendapat sambutan baik daripada pelanggan yang mahu mendapatlkan barangan berjenama dan berkualiti dengan harga rendah.

Menurutnya, Bundle Singapore TSJ beroperasi di No-16, Jalan Setia Jasa 1, Taman Setia Jasa di sini menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan barangan berjenama dan berkualiti dengan harga berpatutan.

“Saya mendapatkan pelbagai barangan daripada pembekal Singapura yang dijamin masih elok dan berkualiti kerana saya sendiri datang memilih barang yang diperlukan.

“Pelbagai barangan terpakai dibeli antaranya sofa, perabot pejabat,alat muzik, peti sejuk, basikal kanak-kanak, pakaian, perabot kayu jati, peralatan sukan, wheelchair dan semua barang keperluan harian,“ katanya.

Menurutnya, rakyat Singapura tidak memerlukan lagi beberapa barangan keluaran tahun 1980-an dan 1990-an yang bersifat antik seperti radio dan peti kayu buatan China.

Menurutnya, pelanggan boleh mendapatkan barangan itu pada harga serendah RM10 sehingga RM1,000  dan semua barangan yang ditawarkan dijamin berkualiti.

“ Saya akan turun ke Singapura setiap dua minggu sekali mengambil barangan yang diangkut dengan dua  buah lori sarat dengan pelbagai produk bernilai lebih RM40,000 .

“ Di bilik pameran di sini sahaja terdapat pelbagai barang keperluan harian bernilai lebih RM80,000 sedia untuk dijual kepada pelanggan setia dengan harga rendah,“ katanya.

Katanya, beliau memilih barangan dari negara Singapura kerana jenama dan kualiti tinggi.

Apa yang dapat dilihat adalah pelanggan barangan bundle ini adalah dari golongan muda atau bujang. Mereka arif menilai sesuatu barang yang dipamerkan. Perlu anda ingat biasanya produk bundle ini adalah dari barangan yang berjenama. Mungkin ini yang menyebabkan ia mempunyai pelanggan setia.

Seorang pelanggan Ahmad Shamsul Abd Karim,42 dari Taman Tualang Indah di sini mengakui barangan yang dijual seperti peralatan elekrik berjenama sangat murah.

“Saya tidak melepaskan peluang membeli pelbagai barang keperluan terutama apabila barangan baru sampai dari Singapura.

“Barangan seperti basikal kanak-kanak masih elok dan berbaloi dibeli dengan harga yang sangat murah,“ katanya.

Seorang pelanggan Mohd Razadual Hamzah,32, dari Skudai Johor datang ke sini hanya untuk memilih barangan keperluan berkualiti dan berjenama.

Menurutnya, maklumat diperolehi melalui laman facebook tahun lepas dan selepas itu saya menjadi pelanggan setia syarikat ini yang mesra pelanggan.

Sebagai contoh sofa kulit yang berharga RM10,000 di pasaran boleh dibeli dengan hanya RM1,000 sahaja dan boleh murah lagi jika bijak menawar. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *