KPDNHEP beri amaran kepada syarikat seleweng subsidi negara

Saifuddin Nasution Ismail (dua kanan) melihat minyak masak bersubsidi yang dijual secara terbuka di pasar Sungai Golok, Thailand hari ini.

THAILAND (Sungai Golok) 31 Jan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang terbabit dengan penyelewengan subsidi negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk
menggantung dan menarik lesen ke atas mana-mana syarikat yang didapati terlibat dengan penyelewangan barangan subsidi kerajaan melalui aktiviti penyeludupan ke negara jiran.

Menurutnya, bukan itu sahaja KPDNHEP juga bersedia untuk melakukan pendakwaan ke atas pihak terlibat sekiranya terbukti bersalah.

“Tujuan kita satu iaitu mahu rakyat dapat menikmati subsidi yang disediakan kerajaan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pasar Sungai Golok, Thailand hari ini.

Hadir sama Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman.

Saifuddin memberitahu, jesteru itu penguatkuasaan berterusan akan dijalankan bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dikurangkan.

Katanya, hasil tinjauan yang dilakukan di pasar Sungai Golok mendapati terdapat barangan subsidi untuk rakyat Malaysia turut dijual secara terbuka dikawasan tersebut.

“Ini lawatan kedua saya ke Sungai Golok kerana kita sedia maklum kerajaan menghadapi kebocoran rentas sempadan dan industri.

“Malah, kegiatan ini (penyeludupan barangan subsidi) bukan perkara baru sebaliknya sejak sekian lama,” ujarnya.

Saifuddin berkata, tinjauan itu juga secara tidak langsung memberikan maklumat jelas beliau mengenai ketirisan barangan subsidi.

Katanya, walaupun sukar untuk menangani isu itu berikutan sempadan yang luas dan kekangan kakitangan namun KPDNHEP tidak akan lepas tangan dalam perkara tersebut.

“Kita akan terus berusaha dalam mengurangkan kegiatan tersebut,” katanya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *