Oleh YATIMIN ABDULLAH
PASIR PUTEH 30 Jan. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahkan agensi seliaanya Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) memperketatkan lagi kawalan disemua pintu-pintu masuk utama ke negara dalam usaha mengekang penularan coronavirus.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, walaupun tiada fakta yang menyatakan penularan virus ini boleh berlaku melalui makanan, namun langkah wasapada dan pencegahan tetap diberikan keutamaan oleh pihak kementerian.
Menurutnya, bagaimanapun kementerian tidak berhasrat untuk menambah kekuatan anggota Maqis di semua pintu masuk utama ke negara ini.
Katanya, hal ini kerana semua anggota Maqis dilihat mencukupi dalam melakukan pemeriksaan di semua pintu-pintu masuk utama.
“Setakat ini Maqis telah menjalankan melakukan pemeriksaan keatas semua produk makanan yang diimport dari luar negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian
Bantuan Bencana Kemarau Tanaman Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Bagi Musim 2/2018 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Kada Senator Datuk Husam Musa.
Salahuddin berkata, setakat ini tiada barangan makanan dari wilayah Wuhan, China diimport masuk ke negera ini. – UT