Kalah PRK 5-0, Signal Rakyat Muak Isu Peralihan PM

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH 30 Jan. – Pakatan Harapan ( PH ) mengakui kekalahan 5-0 calon mereka kepada  Barisan Nasional ( BN) dan Muafakat Nasional UMNO-Pas dalam pilihan raya kecil  tidak boleh dipandang enteng bagi mengelakkan badi ‘kerajaan sepanggal’.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ) Akhramsyah  Muammar Ubaidah Sanusi berkata, kekalahan itu adalah satu signal amat jelas rakyat muak dengan isu dalam kerajaan sendiri.

Tegasnya, kekalahan dengan majoriti besar harus dijadikan ubat pahit untuk membaiki kepincangan dan kelemahan dalam pengurusan parti dan kerajaan.

“Antara isu ialah desakan berterusan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan  kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.

“Desakan sejak mengambilalih Putrajaya lebih setahun lalu telah menjejaskan tumpuan dan fokus Dr. Mahathir terhadap pentadbiran negara yang lebih baik berbanding kjepimpinan kerajaan BN.

“Rakyat mahukan kerajaan PH memberi perhatian terhadap kebajikan dan menangani isu yang menghimpit kehidupan mereka khususnya orang Melayu dan bumiputera seperti kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan,kenaikan harga barangan dan lain-lain,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Mara Corporation berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pejabat Bersatu Cawangan Temerloh malam semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Wan Mohd Shaharir Wan Abd. Jalil dan Ketua Cawangan Bersaru Bandar Temerloh Datuk Rafaei Hamdan.

Akramsyah berkata, pergolakan dalam komponen PH secara terbuka terutama berkaitan peralihan jawatan perdana menteri memberi persepsi bahawa PH lebih fokus  kepada perebutan jawatan berbanding berkhidmat kepada rakyat.

Berdasarkan kepada fenomena desakan itu tegasnya, pemimpin dan ahli Bersatu seluruh negara hari ini membantah tindakan segelintir pemimpin politik dalam PH mendesak Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mei ini.

Menurutnya, desakan sedemikian melanggar nilai santun dan adab yang boleh memberi kesan tidak baik kepada pentadbiran negara seolah – olah menggambarkan ‘ tiada kerja lain ‘ selain ribut peralihan tampuk kerusi perdana menteri.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Pahang, Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil menegur segelintir pemimpin dari PH sendiri yang disifatkan tidak sabar untuk melihat peralihan kuasa berlaku antara Dr.Mahathir dengan penggantinya, Anwar.

Bagaimanapun ujarnya, iklim dan realiti politik semasa yang berubah- ubah memerlukan  Anwar mengilap semua prestasi dan reputasinya yang dikatakan merudum berbanding Dr.  Mahathir.

Menururnya, rujukan kajian selidik laman portal Merdeka Centre  baru- baru ini mendapati populariti Anwar sangat rendah sekali gus perlukan masa untuknya memenangi hati orang Melayu dan Bumiputera. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *