Kerajaan PH Gagal Lindungi Keselamatan Rakyat

Oleh Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

1. Isu kemasukan pelancong China yang membawa wabak Coronavirus semakin parah di Malaysia dengan peningkatan kes dan terdapat seorang pesakit yang lari daripada dikuarantin di Johor Bahru.

2. Saya amat kesal dengan kenyataan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang seolah-olah menganggap perkara ini sebagai bahan lawak dan tetap berkeras tidak akan menyekat kemasukan warga China.

3. Adakah kerajaan PH mahukan sampai ada rakyat Malaysia yang terkorban dengan wabak ini dan barulah akan bertindak?

4. Berdasarkan carian saya di flightaware.com, terdapat banyak penerbangan China yang akan tiba di KLIA daripada Beijing, Shenzen, Shanghai dan pelbagai lagi destinasi yang berisiko membawa wabak Coronavirus kepada rakyat Malaysia.

5. Negara-negara seperti Rusia, Filipina, malah Korea Utara sendiri telah menyekat kemasukan warga China ke negara mereka sebagai langkah progresif untuk mengelakkan Coroniavirus berjangkit kepada rakyat mereka.

6. Kerajaan PH terbukti gagal dalam pengurusan krisis dengan menggadaikan nyawa rakyat sendiri semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada kemasukan pelancong China.

7. Isu keselamatan rakyat adalah lebih penting daripada aspek hubungan diplomatik dan industri pelancongan tempatan. Sudah-sudahlah menggadaikan nyawa rakyat dan bertindak dengan segera untuk menyekat kemasukan warga China ke Malaysia sebelum terlambat.

*Penulis ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *