Muntah hijau tengok Mercedes Benz Exco Pas

Dua tiga hari ini geger mengenai Kerajaan Pas Kelantan beli 14 buah Mercedes Benz. Riuh seluruh negara. Pemimpin Pakatan Harapan (PH) gembira kerana dapat modal. Pak Kadir (A. Kadir Jassin) menulis panjang lebar mengenai Kuda Besi buatan Jerman.

Semalam pula, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan jujur mengakui setiap Exco Kerajaan Pas Kelantan menerima ‘Pemberian Khas’ sebanyak RM50,000 seorang.

Wah! makin sedap isu ini. Mungkin dalam masa terdekat Pak Kadir akan menulis perihal ‘Burung Besi’ untuk ke syurga pula.

Mereka gembira sangat kerana mungkin lama benar tidak mendapat bola tanggung untuk membelasah pembangkang khususnya Pas. Isu begini sedap untuk menyerang Pas kerana parti itu dilihat masih bersih. UMNO sudah ‘kotor’, pemimpinnya sedang beratur masuk mahkamah.

Justeru, Pas harus dikotorkan juga. Orang Melayu dan Islam harus jijik dan mual dengan Pas. Kalau benda ada dalam mulut lihat kereta Mercedes Exco Kerajaan Pas Kelantan akan muntah. Muntah Hijau. Kotor. Itu propaganda yang sedang dibuat oleh PH terhadap Pas.

Yang kotorkan Pas bukan orang lain, (bekas) anak beranak juga. Anak beranak yang mendakwa diri lebih ‘Amanah’. Lepas lima bulan memerintah, Setiausaha Politik Presiden Parti Amanah disiasat SPRM. Lepas itu ada lagi, ada lagi, ada lagi. Cari di google pasti keluar semua cerita. Yang di ‘bawah-bawah’ hanya Allah sahaja yang tahu. Amanahkah parti amanah?.

Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak, semua Exco mereka naik kereta baru. Ambil alih kerajaan 2018, 2019 terus kereta baru.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/01/517097/pembelian-kereta-baharu-kerajaan-negeri-ikut-proses-biasa-mb
https://www.malaysiakini.com/news/478848
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/488416/exco-kedah-naik-camry
https://www.sinarharian.com.my/article/44376/EDISI/Utara/Kerajaan-Pulau-Pinang-beli-15-Toyota-Camry-baharu

Baca semua berita di atas ini. Alasan mereka semua sama. Untuk jimat penyelenggaraan. Kereta sudah berusia lebih lima tahun. Jadi apa yang pelik dengan tukar kereta baru. Memang sifat kerajaan begitu. Bukan main bedal tukar ikut suka hati.

RM50,000 darab 14 orang Exco bersamaan RM700,000.

Negara hilang berbilion-bilion selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 apa cerita. Harta negara kena jual. Tabung Haji makin tenat. Ekonomi semakin teruk. Rakyat hilang kerja. Hendak cari makan pun susah.

Sikit hari lagi, orang Malaysia pula buka kedai tom yam di Siam.
Sikit hari lagi, Mamat dari Kuala Krai jadi kuli ‘cak kang’ bina bangunan di ibu negara baru Indondesia di Kalimantan.
Sikit hari lagi, minah kita jadi ‘maid’ di Manila.

Oh ya, tahniah Datuk Mohd. Amar atas kejujuran. Tiada apa yang perlu disembunyikan. Telus. Cuma beri bola lambung untuk merasa nikmatnya dilambung badai sekali sekala. – UT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *