LIM KIT SIANG SILA CERMIN DIRI DAHULU

1. Veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan terdapat segelintir individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur ekstremis sehingga menimbulkan pepecahan. Pepecahan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada DAP-PH itu sendiri.

2. Saya ingin mengingatkan kepada Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lain supaya cermin diri dahulu sebelum berkata tentang penghayatan prinsip rukun negara kerana DAP sememangnya terkenal dengan membawa budaya ekstremis yang menentang rukun negara.

3. DAP tidak menghormati prinsip rukun negara “Kedaulatan Undang-undang” melalui pelbagai campur tangan politik dalam kes yang melibatkan ahlinya. Misalnya kes LTTE dan Wan Ji Wan Hussin yang akhirnya mencabul kedaulatan undang-undang negara.

4. Seterusnya, DAP tidak menghormati prinsip rukun negara apabila cuba menghidupkan kembali dan mengiktiraf ideologi komunis PKM yang jelas telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

5. Tindakan DAP-PH yang konsisten untuk memansuhkan SOSMA juga membuka ruang kepada penyebaran ideologi liberalisme, terorisme dan komunisme yang akhirnya akan memecahkan perpaduan dan mengancam keselamatan negara.

6. Rakyat tidak lupa kenyataan Ngar Kor Ming yang mengatakan gabungan PAS-UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan.

7. DAP ibarat “meludah ke langit, terkena muka sendiri” kerana sentimen ekstremis dan rasis sememangnya dibawa oleh DAP bukannya pihak lain. Parti ini juga menjadi punca utama kegagalan kerajaan PH mentadbir negara.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *