Kini ada ‘Rider Empower’

MARAN 22 Jan. – Menyedari trend dan peluang semasa, Empower ECER bertindak proaktif memperkenalkan program baharu ‘Rider Empower’ iaitu perkhidmatan penghantaran makanan.

Melalui program ini Empower ECER menyediakan membantu peserta berminat dengan menyediakan risalah dan juga membimbing mereka dalam pelan pemasaran.

Pada peringkat permulaan dua peserta bertuah telah terpilih di daerah ini untuk menyertai program berkenaan.

Penyedia Latihan Empower ECER, Surain Kanda berkata, Rider Empower diwujudkan setelah melihat permintaan serta perkembangan industri penghantaran makanan yang semakin berkembang di negara ini.

Katanya, objektif Rider Empower ini diwujudkan adalah bagi membuka peluang untuk peserta Empower ECER menjana pendapatan melaluui perkhidmatan penghantaran makanan.

“Perkhidmatan yang ditawarkan ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi rakyat serta membantu memacu ekonomi setempat.

“Selain itu juga, penawaran perkhidmatan Rider Empower ini juga akan memberikan kemudahan untuk masyarakat mendapatkan makanan atau barangan dengan hanya membuat pesanan daru rumah, pejabat dan mana-mana sahaja,”katanya pada majlis perasmian program Rider Empower Maran di sini, baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Daerah, Sharudin Jali.

Menurut Surain pada masa ini terdapat dua Rider Empower di daerah Maran yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Ujarnya, selain di daerah ini Rider Empower ECER telah dilancarkan di Lipis, Jerantut, Mersing Johor, dan Ketereh, Kelantan.

Pegawai Daerah, Sharudin Jali (tiga dari kiri) merasmikan program Rider Empower di Maran baru-baru ini.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *