50 lepasan SPM dalam dilema dapat bimbingan Empower ECER

 

BENTONG 22 Jan. – Memilih arah tuju selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah mudah kerana ia boleh mempengaruhi masa depan seseorang.

Malah jika pilihan tidak sesuai dengan kecenderungan seseorang individu adakalanya akan terhenti di tengah jalan dan adakalanya pilihan dibuat tidak tepat dengan kehendak semasa.

Menyedari dilema yang dihadapi lepasan SPM, Empower ECER bertindak proaktif menganjurkan program seminar bertajuk ‘Career Expert:Time to Shape Your Future Through IR 4.0.

Program yang diadakan di Kolej Komuniti Karak dekat sini dihadiri 50 lepasan SPM 2018 dan 2019 serta bekas pelajar Empower ECER dari empat daerah iaitu Bentong, Cameron Highlands, Raub dan Lipis.

Menurut kenyataan media tujuan program itu adalah bagi memberi bimbingan dan menyediakan keperluan serta pendedahan tentang institusi pengajian tinggi yang mempunyai pelbagai kursus selain maklumat mengenai bantuan kewangan, kanseling dan bimbingan kerjaya.

Institusi pengajian yang turut serta ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Yang hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran), Abdul Nasser Mohd. Yatib.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *