Tiger Platoon mantapkan lagi kawalan sempadan negara


Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG 14 Jan. – Kehadiran pasukan khas Tiger Platoon dibawah selian Briged Tenggara dilihat memperkasakan lagi penugasan mencegah penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di sepanjang sungai Golok.

Kehadiran Tiger Platoon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7, 8 dan 9 buat kali pertama di Op Wawasan Kelantan ini merupakan nafas baharu dalam mengekang aktiviti tersebut.

Uniknya, pasukan ini akan meronda sejauh 15 kilometer dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat secara berjalan kaki sambil meredah semak-samun dan belukar.

Bukan itu sahaja, mereka turut melakukan rondan di kawasan jalan-jalan utama disepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superitanden Azhari Nusi berkata, ronda jalan kaki merupakan kali pertama yang dijalankan oleh pasukan berkenaan dalam mempertingkatkan lagi tahap kawasan sempadan.

“Kita yakin dan percaya kehadiran pasukan ini pastinya akan menghadirkan gerun kepada para penyeludup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tugasan yang dilakukan oleh anggota Tiger Platoon di Pos Ular dekat sini hari ini.

Azhari memberitahu, sejak Tiger Platoon ditempatkan di sepanjang kawasan penugasan Op Wawasan Kelantan aktiviti jenayah rentas sempadan dilihat makin berkurangan. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *