Pendedahan Rakaman Audio: Satu Pandangan Non Partisan

Oleh ZAMRI MOHAMAD

Pendedahan rakaman audio oleh KP SPRM baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi politik dari banyak pihak. Sebagai warganegara yang perihatin, saya pun rasa terpanggil untuk ‘share’ pandangan apolitikal saya terhadap isu tersebut. Harapan saya agar ada sedikit ‘ibrah’ yang dapat kita kutip hasil dari perkongsian non-bias ini. Di ulang, ini bukan perkongsian politik ‘ye’.

Kata bijak pandai, setiap yang berlaku itu akan menjadi bermanafaat sekiranya kita mengambil pelajaran darinya. Justeru kalau kita mengulang lihat rakaman ‘press conference’ tersebut, mungkin ada beberapa pengajaran yang kita boleh jadikan panduan dari beberapa watak utama yang terlibat.

1. Antara watak utama yang paling menonjol dan paling kerap diperkatakan umum ialah watak DSR (Datin Seri Rosmah). Sebelum pendedahan audio tersebut telah lama diperkatakan tentang penglibatan beliau dalam urusan JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan kerajaan. Saya tak nak komen perkara yang saya tak pasti. Anda nak tengok dari sudut forensik politik, itu hak anda ye… he he he…

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah dari aspek kerukunan rumah tangga. Bahawasanya, audio tersebut mengesahkan ceramah modul kursus kebahagian rumah tangga yang disampaikan oleh penceramah-penceramah motivasi selama ini. Peranan penting seorang isteri di dalam kerjaya seorang suami.

Ye.. Sebagai seseorang yang mempunyai akses yang paling dekat kepada suami, isteri memainkan peranan yang paling signifikan sebagai penasihat paling jujur buat suami.

Justeru amat penting buat seseorang isteri untuk memahami bidang tugas suaminya agar nasihat yang diberikan itu benar-benar menepati skop kerja suami. Nak bagi nasihat, kenalah faham terlebih dahulu kan?

Namun, ini tidak bermaksud saya bersetuju dengan campur tangan isteri dalam urusan kerja suami. Itu tak patut.

Tetapi selain daripada memiliki penasihat rasmi di pejabat, suami juga perlu sesekali sekadar mendengar input atau maklum balas dari isterinya kerana isteri yang baik adalah cermin yang jujur yang tidak pernah pernah menipu imej di hadapannya. Nasihat je tau…

Lagi dari aspek kerukunan rumah tangga, ada orang kata, “nasihat apa macam tu. Macam jerkah ada la.” Lagi sekali saya melihat ianya adalah komunikasi rumah tangga. Saya fikir, itulah ‘style’ sebenar DSR. Cara berkomunikasi rumah tanggga mereka berdua. Secara peribadi, saya tak fikir nada tersebut sebagai marah-marah. Mungkin itu adalah kaedah komunikasi mereka berdua. Siapa kita untuk mempertikaikannya kan (Tolong, saya bukan taksub melulu kepada pasangan ini tetapi saya fikir dengan karakter DSR, sudah memang begitu gayanya dia berkomunikasi.. ‘apa masaalahnya bang?’)

2. Watak kedua dalam penyebaran audio tersebut ialah DSN (Datuk Seri Najib) itu sendiri. Hasil pendedahan audio tersebut menjelaskan lagi telahan saya selama ini. Sejak sekian lama saya berhipotesis bahawa DSN merupakan seorang yang mempunyai tahap kestabilan emosi yang sungguh tinggi.

Sebagai seorang PM (Perdana Menteri), semestinya beliau berhadapan dengan pelbagai tekanan yang amat dahsyat di dalam melaksanakan tugasnya. Berdasarkan pemerhatian saya melalui rakaman audio dan beberapa insiden terdahulu, saya menganggap DSN ternyata sangat hebat di dalam aspek kawalan emosinya.

Beliau tidak mudah melenting, ‘jumpy’ ataupun marah-marah apabila sesuatu yang berlaku tidak selari dengan kehendak beliau. Bayangkan ianya terjadi kepada saya. Kalau tak ‘stress’, mahu saya tak mampu nak buat kerja memikirkan masalah yang datang tetapi ternyata, beliau mampu mengawal amarah beliau apabila menerima perkhabaran tersebut. Bahkan masih mampu menjalankan tugas seperti biasa sebagai PM. Memang kuat menghadapi tekanan.

Sifat ini jarang dimiliki oleh mana-mana presiden parti politik di negara ni (berdasar amatan saya ye). Kalau ada sedikit pun, mungkin Mat Sabu saya, yang lain-lain – wallahu alam – Samy Vellu ‘tak kira’, sebab dia bekas presiden.

Hakikatnya, kajian akademik banyak membuktikan, mempunyai EQ yang tinggi atau dalam bahasa mudah, kebolehan mengawal emosi merupakan elemen penting di dalam kejayaan seseorang individu. Bahkan kemahiran EQ diletakkan sebagai antara 10 kemahiran perlu dimiliki mendepani dekad 2020 ini.

Disclaimer: komen saya ini adalah dari aspek kehebatan beliau mengawal emosi. Saya tidak berminat nak komen bab lain yang di luar bidang saya. Dan komen ini juga tidak bermakna saya menyebelahi pegangan politik beliau.. he he..

3. Peranan Kakitangan Bawahan di dalam Melaksanakan tugas yang diberi

Di dalam siri pendedahan rakaman audio tersebut, saya melihat dua watak kakitangan awam yang boleh kita sama-sama ambil iktibar.

i. Watak pertama memberikan gambaran kegagalan seorang kakitangan bawahan membantu bossnya membuat keputusan. Terngiang-ngiang nasihat seorang mentor sewaktu saya mula-mula menjadi kakitangan pelaksana dulu;

“Zamri, kerja kau bukan posmen. Kau jangan datang jumpa boss kau bawa masalah. Lepas tu suruh boss fikir masalah tu.

“Sepatutnya sebelum kau datang jumpa boss, kau ‘study’ betul-betul dulu masalah yang ada. Lepas tu senaraikan ‘option’ yang boleh dijadikan ‘solution’ siap dengan ‘impactnya’ sekali. Lepas tu baru kau datang mengadap bos untuk dia ‘decide’ berdasarkan ‘option’ yang kau ‘present’ tu.”

Tapi bila kita dengar audio tu, saya berpendapat individu tersebut terlalu lemau dan tidak layak memegang jawatan tersebut. Sekadar memaklumkan kepada boss situasi yang kritikal dan bersimpati dengan masalah yang dialami oleh boss. Apa ni bro?

Dua kali diucapnya “Saya rasa nak menangis.” Bagi saya itu bukanlah mencerminkan empati, tetapi ianya tak lain sekadar mempamerkan kelemahan kakitangan yang diberi tugas. Selain itu, macam ada unsur bodek sikit kot. Awak dah diberi tanggungjawab, kenalah cari jalan, ini tidak asyik nak nangis je…

p/s: Maaf ye, saya bercakap dalam konteks hubungan kakitangan dan bos, bukan bermakna saya bersetuju dengan sebarang konspirasi ataupun apa ye..

Manakala individu penjawat awam kedua. Saya melihat berlaku sedikit sikap tidak professional di sini. Walaupun nampak tegas sesuai dengan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM), tetapi jelas di dalam beberapa situasi, beliau mempamerkan sikap tidak profesional. Beberapa kali beliau dilihat tersenyum sinis apabila dialog-dialog yang mungkin agak lucu (baginya kot) didedahkan.

Sikap tersebut amatlah tidak sesuai dipamerkan apatah lagi itu bukan kali pertama beliau mendengar rakaman tersebut (mesti dengar banyak kali dah kan sebelum share dengan ‘public’, kan? Tak kan tak puas lagi nak ketawa sebelum ni kot.

Justeru, di dalam menjalankan tugas kita seharian pastikan mengekalkan tahap professional dalam apa sahaja situasi. Kawalan bahasa tubuh amatlah penting. Nak marah ke, nak ketawa ke, simpanlah dulu. Amat penting, supaya kita sentiasa dilihat tidak bias dan tidak bekerja di bawah tunggangan emosi.

Sekian pemerhatian tidak berpihak saya sebagai salah seorang peserta forum isu semasa. Semoga ada manafaatnya.

Tulisan ini dipetik dari blog http://zamrimohamad71.blogspot.com/.

Penulis merupakan seorang pelajar ijazah kedoktoran di OUM dan sedang menyiapkan tesisnya dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *