Balik balik, Jakim saja yang kena

Oleh : MO HERMAN

INI bukan yang pertama, malah berkali-kali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipertikaikan kewujudannya.

Alasan mereka sama, Islam di bawah bidang kuasa negeri. Maka, jika ada agensi yang ditubuhkan di peringkat kerajaan Persekutuan ia tidak sah.

Hello.. Ada ke kuasa negeri yang diambil Jakim?

Dan boleh ke Jakim mengarahkan pihak berkuasa agama negeri?

Soalan paling penting:

Ada ke mana-mana negeri selaku pemilik bidang kuasa Islam membangkitkan Jakim telah mengambil peranan mereka?

Kalau tiada, janganlah nak menyibuk bagi pandangan yang hanya menghangatkan suhu negara.

Dan kalau Jakim itu tidak sah, bagaimana dengan penubuhan jabatan Persekutuan tetapi menyentuh kuasa negeri.

Antaranya air, tanah, hasil bumi, kerajaan tempatan dan beberapa yang lain.

Lihat SPAN, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta kementerian yang ada portfolio kuasa negeri seperti air, tanah dan kerajaan tempatan sebagai contoh.

Ooh.. itu untuk tujuan penyelarasan tanpa ambil alih kuasa negeri, kata mereka.

Bolehlah pula ya tetapi dalam soal penubuhan Jakim tidak pula mereka berpandangan begitu.

Selagi negeri-negeri tidak merungut peranan Jakim maka isu ini tidak perlu dilayan sama sekali.

Elok tambah lagi peruntukan kewangan Jakim. Biar mereka terlopong. Islam Agama Persekutuan, Perkara 3 menyebut jelas.

Jangan biar fahaman sekular menular yang mahukan urusan agama berada di luar fungsi kerajaan. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *