Idea unik anak Kampung Jelawang

KUALA KRAI 11 Jan. – Seorang graduan membuat kelainan apabila membina tempat penginapan menggunakan paip pembetung di dalam ladang kelapa sawit.

Idea unik anak tempatan Kampung Jelawang, Dabong, di sini, Wan Nurulasifa Wan Ab. Aziz, 26, itu berjaya menarik tumpuan orang ramai untuk beriadah.

Tidak mahu bergantung kepada kerja makan gaji selepas tamat pengajian bidang perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Wan Nurulasifa melihat potensi kawasan ladang sawit milik bapanya seluas 1.2 hektar berhampiran Sungai Jelawang, Gunung Stong itu sesuai dimajukan sebagai pusat pelancongan.

Sebanyak 13 tempat penginapan dibuat daripada paip pembetung konkrit sejak Jelawang Pipe Resort & Extreme itu dibuka bulan Mac tahun lalu.

Jelas Wan Nurulasifa, destinasi menarik buat pencinta alam semula jadi dan aktiviti ekstrem itu adalah yang pertama di Kelantan.

Katanya, jaraknya terletak hanya 3 kilometer dari Gunung Stong yang mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Selain tempat rekreasi serta aktiviti lasak, antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan itu ialah pondok untuk berkelah, tapak perkhemahan, surau, tandas awam dan  kafe. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *