Takdir tiga beranak lahir bulan yang sama maut bulan yang sama

 

TEMERLOH 10 Jan. – Tiga beranak lahir di bulan yang sama iaitu September ditakdirkan pergi menemui ilahi di bulan yang sama iaitu Januari.

Tiga mangsa yang terdiri daripada ibu, bapa dan bayi perempuan berusia empat bulan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Mohammad Adnan Anuar,23; Siti Tul Assiqini Abdul Wahab (penumpang hadapan) dan anak mangsa Alissa Insyirah yang berusia empat bulan.

Kemalangan kira-kira pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Persona, lori dan treler.

Ketua Polis daerah, Mohd. Yusri Othman berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian iaitu di kawasan selekoh, dipercayai pemandu kereta masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum treler tersebut mengelak ke kiri dan bergesel dengan sebuah lori di lorong sebelah kiri.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu kereta, penumpang dan seorang bayi meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *