NGO, Ahli Majlis perlu sama-sama bantu sekolah di kawasan masing-masing

 

BENTONG 10 Jan. – Usaha mendidik dan membentuk murid-murid menjadi insan berguna bukan hanya terletak kepada guru semata-semata tetapi menjadi tanggungjawab semua pihak.

Menyedari hakikat itu Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh yang juga Pengerusi Jaringan Cemerlang Masyarakat Bersatu (JCMB) bertindak proaktif bersama-sama Sekolah Kebangsaan (SK) Lebu menjayakan program merentas desa.

Pada majlis itu Jasvir yang menyampaikan pingat turut beramah mesra dengan murid-murid dan berkongsi pandangan dengan pihak sekolah dalam usaha berterusan membantu murid-murid.

Menurut Jasvir, selain membantu golongan memerlukan beliau akan terus membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program dan sebagainya.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *