KUGIRAN ERA P0P YEH YEH TERUS DIMINATI

MARAN 4 Ja. – Demam Kumpulan Gitar rancak ( Kugiran ) sudah lama berlalu tetapi auranya masih dirasai oleh generasi sezaman dan generasi Y yang terpesona dengan iramanya yang menggetarkan jiwa.

Ini diakui penaung Persatuan Sahabat 60-an Felda Pahang, Datuk Mukaram Shah Zainuddin apabila mendapati irama kugiran Pop Yeh-Yeh terus kekal diminati walaupun empat dekad beredar dengan cabaran muzik moden.

 

Katanya, industri muzik Malaysia tidak pernah melupakan muzik yang dibawa generasi terdahulu walaupun mengalami perubahan signifikan terhadap genre, lirik dan penggubahan muzik tepi irama 60-an tetap memberi impak sehingga ke hari ini yang kekal diiminati oleh semua generasi.

“ Fakta itu jelas tepat apabila lagu era Pop Yeh yeh nyanyian penyanyi seangkatan Datuk Jefrydin, A. Ramlee, S.Jibeng, Fatimah M Amin, J.kamisah dan lain-lain turut diminati dinyanyikan oleh anak muda sungguhpun alunan muzik era digital memenuhi setiap sudut kehidupan hari ini.

“ Kewujudan Persatuan Sahabat 60-an Felda Pahang adalah manifestasi ` kegilaan` peminat lagu-lagu pop yeh yeh untuk mempertahan dan mempopularkan kembali muzik yang menjadi fenomena dalam era pertengahan 1960-an.

“ Usaha dan pemuafakatan peneraju untuk mendaftarkan persatuan secara legal dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan sangat dipuji kerana menampak kesungguhan untuk memartabatkan seni muzik pop yeh yeh,“ katanya di majlis Santai Sambutan Tahun Baru 2020 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sahabat 60-an Laman Santai Seni Jengka di sini malam semalam.

Turut hadir Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kuala Krau, Mohamed Razali Mamat dan Presiden Persatuan Sahabat 60-an Felda Pahang Salehudin Mat Rasad.

Menurutnya, lebih menarik persatuan ini bukan sahaja menumpukan memartabat irama lagu 60-an tetapi juga terbabit secara langsung mengembangkan seni budaya tradisi Melayu Pahang.

Tegasnya, ini kerana warisan budaya harus dikekalkan kerana ia melambangkan dan mencerminkan identiti bangsa.

Tamadun sesuatu bangsa biasanya dapat dilihat pada warisan seni budayanya, yang mencakupi amalan dan cara hidup seperti pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya.

Beliau memuji Persatuan Sahabat 60-an Felda Pahang kerana berkolaborasi dengan Jabatan Kebudayaan Negara dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang dan Jabatan Penerangan Pahang menghidupkan seni budaya Melayu dan adat resam Pahang yang semakin pupus.

“ Pihak persatuan turut bekerjasama dengan Pertubuhan Majlis Kebudayaan Daerah Maran membantu menyemarakan kembali Seni budaya Melayu Pahang,“ katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Sahabat 60-an Felda Pahang Salehudin Mat Rasad berkata, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sahabat 60-an di sini juga dikenali Laman Santai Seni Jengka menjadi tumpuan pengamal seni dan budaya mengembangkan bakat terpendam dalam bidang seni.

Menurutnya, Laman Santai Seni Jengka yang pertama di Pahang menjadi medan aktivis seni budaya menonjol dan memperbaharui bakat yang lama terpendam dalam nyanyian, berpuisi, tarian dan muzik tradisional.

Tambah beliau, aktivitis seni ini bukan sahaja boleh berkaraoke tetapi menyanyi secara langsung melalui ` life band ` dikenali Kumpulan Muzik Sahabat 60-an pimpinan Kamaruzaman Hassan.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *