Tiada kenaikan tarif air di Pahang

KUANTAN 3 Jan. – Tiada kenaikan tarif air di Pahang setakat ini.

Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari ekoran satu notis kenaikan tarif air bermula 1 Januari lalu yang tular di media sosial.

Saiful Zaini berkata, notis terbabit tidak dikeluarkan oleh PAIP dan berita palsu itu dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan menimbulkan keresahan di kalangan penduduk.

“Kenaikan tarif air masih dalam kajian dan tertakluk kepada keputusan kerajaan pusat dan kami berharap orang ramai tidak lagi menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *