TDH anjur kejohanan Muay Thai 2020

SHOFI ISA

KUANTAN 2 Jan. – Pertubuhan Kebajikan Tengku Dato’ Hisham 4B (TDH) Pahang akan menganjurkan kejohanan Muay Thai “TDH Muay Thai Superfight 2020” pada 7 dan 8 Februari depan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) dekat sini.

Presiden TDH Pahang, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin berkata, selain TDH, program itu diadakan dengan kerjasama Kelab Muaythai Kuin Indera dan Persatuan Panji Kuantan Optima (PKO).

“Kejohanan ini akan melibatkan penyertaan daripada 32 jaguh Muay Thai dari seluruh negeri khususnya negeri Pahang.

“Objektif penganjuran adalah untuk melahirkan
jaguh-jaguh Muay Thai baharu yang dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zainul Hisyam berkata, Muay Thai bukan untuk bergaduh atau tunjuk hebat sebaliknya ia mengenai disiplin dan berentap dalam keadaan terkawal.

“Sewaktu berentap, perlu ada juri, penjaga gelanggang dan susun atur perlawanan bertertib. Jadi ia sesuatu baik untuk disertai golongan muda dalam menerap nilai-nilai murni sepanjang perlawanan,” katanya. – UT

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *