Pemuda Pas Jerantut gotong-royong bersih kubur sempena Tahun Baru 2020

JERANTUT 1 Jan. – Seramai 70 orang Pemuda Pas Jerantut dan Sekretariat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak menganjurkan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Kampung Sempadan, dekat sini.

Program pembuka tirai 2020 itu dijalankan bagi membersihkan kawasan perkuburan yang terbiar ekoran kedudukannya di atas bukit.

Yang Di Pertua Pas Jerantut, Yohanis Ahmad berkata, program khidmat masyarakat itu bertujuan memperkukuh jalinan ukhwan setiap lapisan masyarakat.

“Kita mengajak penduduk di sini khususnya golongan muda supaya dapat muhasabah diri dengan menyambut tahun baharu mengikut cara yang betul berasaskan akidah Islam.

“Inilah program khidmat masyarakat sebagai platform untuk menjaga kebersihan kawasan kubur dengan menyumbangkan tenaga, amal jariah dan moral sekali gus memantapkan akidah kita,” katanya.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd. Daud.

Sementara itu, Zuridan memberitahu, program tersebut diadakan selaras dengan
saranan Rasulullah s.a.w supaya menjaga kebersihan tanpa mengira tempat. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *