Usaha sia-sia lakar pelan larikan diri -13 pelatih ditahan semula

KUANTAN 31 Dis.- Entah berapa lama usaha 13 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik membuat lakaran kawasan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik sebelum berjaya meloloskan diri semalam.

Namun tidak sampai 24 jam tindakan nekad mereka itu ternyaya sia-sia apabila kesemuanya berjaya ditahan kira-kira pukul 4 petang selepas polis yang melakukan Ops Kesan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata melalui Ops Kesan pihak polis bersama Puspen Gambang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) , berjaya menahan semua pelatih berusia 19 hingga 25 tahun itu.

Katanya, seramai 12 pelatih berjaya ditahan dalam operasi berhampiran kilang di Batu 8, Jaya Gading di sini manakala seorang pelatih diserahkan oleh ahli keluarganya.

“Semua mereka kemudian dibawa ke PUSPEN Gambang untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *