‘Api Misteri’ kembali menyerang, jawab soalan di papan putih.

KOTA BHARU 31 Dis. – Kisah api misteri yang menyerang sebuah keluarga di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) sejak tujuh tahun lalu kembali lagi.

Sejak dua hari lalu, api tersebut muncul kembali malah intiti yang menyebabkan kejadian tersebut semakin berani dan berkomunikasi dengan orang ramai.

Melalui gambar dan video yang dimuat naik oleh warganet, penghuni dan pengunjung rumah tersebut boleh bertanya soalan dengan menulis pada sebuah papan putih di dalam sebuah bilik selepas beberapa minit intiti tersebut akan menjawab soalan tersebut.

Bekas anggota Exco Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar memuat naik satu gambar dalam facebooknya, Kak Ubai Omar yang berbunyi:

“Jin yangg menyalakan api rumah Mok Nab ini pandai pulak menulis. Ini soalan saya tadi.. Tengok apa dia jawab.”

Pada gambar itu Wan Ubaidah menulis soalan yang berbunyi:

“Salam awak nak gapo (apa) sebenarnya. Tok (tak) kesian Ke Fatihah dan Mok Nab.”

Entiti tersebut menulis jawapan:

“Wasalam, nanti tahulah. (Jago-jago api).”

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 21, ketika ditemui berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku, sebalik menjadi dilema keluarganya sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, pada September 2017, rumah mereka pernah terbakar 100 peratus hingga merebak ke rumah jiran yang menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

“Selepas lebih dua tahun tidak diganggu kejadian misteri ini, kami sekali lagi terpaksa melaluinya, bermula dengan kebakaran motosikal di bawah rumah pada pukul 8.45 malam, Ahad lalu.

“Saya sudah buntu apatah lagi, ada penduduk kampung yang memulaukan kami sekeluarga kerana terdapat pengamal perubatan tradisional yang ambil kesempatan dan buat andaian mengarut,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, mereka pernah ditempatkan di rumah kebajikan selepas kediaman musnah dalam insiden pertama, namun lokasi itu juga diganggu api.

“Sepanjang dua malam ini rumah kami ‘dijaga’ pihak bomba yang sentiasa bersedia kerana risau api muncul akan memusnahkan lagi kediaman. Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Kami sekeluarga kini tidak lena untuk tidur memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Saya merayu orang ramai tidak membuat andaian sendiri kerana ada tidak rasai derita kami,” katanya. – UT

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *